fyy's original blog ;): CINTA ?

Friday, October 29, 2010

CINTA ?

 
gambaran semata-mata (: (:

cinta lahir dalam hati dan bukan dari bicara. maknanya cinta tak perlu diucapkan. cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. cinta pada ALLAH saja yang abadi. cinta itu adalah satu anugerah terindah. cinta itu cuma satu patah perkataan, maknanya berbeza bagi setiap insan. Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta memang indah, tapi apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan, maka keindahan cinta itu akan hilang. Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar.. cinta datang pada saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah. Cinta tak harus saling memiliki. Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami, tetapi untuk dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta. Cinta bukan dari kata-kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan. Kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLAH.